Saturday, August 2, 2008

Poring Hot Spring

Aku dah start ngajaq sudah. Memula memang nerves habis la coz cikgu2 sini kata kelas yang aku kena ngajaq tu kelas budak2 "hantu" huhu... so memula masuk kelas tu memang prepare muka garang habis la. Strategi takmo bagi budak pijak kpala haha. Tapi hampa... budak2 tu ok ja. Hantu lagi budak Bahiyah hehe... Moral of the story... Hantu pekan dengan hantu kampung memang tak sama... baik lagi hantu kampung... end.

Masuk topik lain lak...

Last week aku jalan2 Poring Hot Spring kat area umah aku nih. Dekat jah dengan umah aku. Tempat tourist yg femes la jugak Poring nih. Ada air panas, air terjun 7 tingkat, taman rama2, zoo (tapi aku cari tak jumpa pun), canopy walk (org kata terpanjang & tertinggi di dunia huhu), bat cave (jauh sgt nak jalan so tak pi la pun) dan macam2 ada...

..:: set induksi dulu ::..


..:: canopy walk ::..

memula ja eksen posing mcm2 gaya pastu pening pala, muntah semua ada... gayat rupanya aku nih hahaha...


..:: tinggi weh ::..


..:: aku tak sure aku mandi air terjun ka... mandi ais... tak nikmat langsung mandi sat sgt... tak tahan sejukkkk ::..

this is ISNIN my roomate & cikgu praktikal gak



..:: rendam dlm kolah air panas lak hehe... tapi baru rendam kaki ja dah gatai2 so malas nak rendam semua huhu ::..

nota kaki: aku dgr story ramai yang kacang ja masa interview hehehe ada harapan dapat la tu insyaallah. Cayunk! Cayunk!



Sunday, July 20, 2008

Sayang Kinabalu

Tinggi2 gunung kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung kinabalu,
Tengok dari jauh hati saya rindu,
Kinabalu dekat di kudasang.
Banyak sayur boleh pilih2,
Apa guna pergi luar negeri naik kinabalu hati saya rindu,
Sumandak-sumandak pun ramai manunggu,
Menari nari lenggang sumayau,
Sekali melihat melepak kulitnya,
Saya jatuh cinta.
Sayang sayang sayang kinabalu,
Keamatan pesta bulan 5,
Sayang sayang kita pergi tamu,
Jalan tamparuli hati saya rindu…


..:: Background tu penting beb! With Wina & Peeja ::..


..:: Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau. Sekolah aku ler ni ::..


..:: Makan kat kantin sekolah with Yasintah cikgu praktikal gak ::..


..:: view dari tingkap bilik aku huhuhu heaven! ::..


..:: Cikgu Dzurainee ::..

nota kaki: tahniah kepada bakal2 cikgu yang akan menghadiri interview nanti. aja-aja fightin!!

Thursday, July 10, 2008

Bersawang Sakan

Sawang penuh dah...

For u all information, i'm now at SMK Lohan, Ranau, Sabah (please refer to lohanranau blogspot) as a trainee teacher. The internet connection here is sometimes "ade takde ade takde" (Ya Allah kurniakan lah aku dengan kesabaran setinggi Gunung Kinabalu).

Gunung Kinabalu ada kat blakang skolah aku nih. Kepada sesiapa yang berminat nak krabat (baca:panjat) gunung sila roger2 aku.

Takat nih dulu. Nanti aku letak sesi posing2 pulak hehe...

Tuesday, June 24, 2008

Dinner DPLI 2008

Venue: Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Date: 19/06/2008
Rate: RM75/pax
Event: makan beso, acara karaoke beramai-ramai, sawan dan sawan dan sawan pah ceroh
Baju sponsored by: Wina Sdn Bhd
Kain sponsored by: Wina Sdn Bhd
Kasut sponsored by: Sdn Bhd
Hair & Makeup sponsored by: Kedai kat IP Sdn Bhd



..:: dari kanan: rossa, wina, budzu, peeja, muniey, hayati, mieza (nampak tangan ja) yang tak muat kamera: lola & sue (si tukang ambik gambo) ::..


..:: geng kongsi gelap meja makan no.9 ::..


..:: mukadimah sawan bermula ::..


..:: tukang senduk sambilan ::..


..:: wina tukang sponsored merangkap pengurus artis

dok kat sblah ::..


..:: model susu rendah lemak ::..


..:: mieza hijau katak pisang posing maut ::..


..:: anis-chan beraya awai2. banyak dosa dgn aku dia nih! ::..

Sunday, June 15, 2008

Dasar Adat Menyusahkan Umat!!!

Semalam genaplah 44 org kata gambo aku dlm frenster tu mcm gambo kawen. Maka persoalan yg timbul ialah kenapa gambo aku ja yg kawen dan bukan aku?!!

Jawapan: sebab gambo tu tak gadoh bayor kak. Nak kawen kena bayor. Nak bayor kena ada duit bang. Kalau bleh bayor dengan daun pisang dah lama aku kawen nyah…

Ke mana duit penat lelah bakal2 pengantin sekalian dileburkan dalam majlis raja paling bodoh dalam dunia nanti?!! Di sini:-

Barang hantaran: Cincin, Sirih junjung, Potpouri, Al-Quran, Manisan, Sejadah, Samping, Kain pelikat, Baju Melayu,Kasut, Jam, Handphone/PDA (I nak dopot b haha), Set penjagaan diri (takmau yang beli kat uptown hehe), Kemeja, Beg tangan (bonia), Pulut kuning, Sport Rim (permintaan dari budin), Mas Kahwin (yang wajib dok last skali. sadis.)

Majlis Resepsi: Jurufoto/Videografi, Laman web perkahwinan (blog blog haha), Mak/pak Andam, Pelamin, Dewan/Khemah, Kenduri-kendara (kurang2 jemputan 1000 orang), Baju Persandingan, Bunga pahar, Cenderahati tetamu, Hiasan hantaran, Hiasan bilik tidur, Solekan Pengapit, Baju Pengapit (sebok la ngapit ni.. kepit kang!)

Makan beradap: Set meja pengantin, Kerusi dan Meja, Alas meja, Skirting, Scallop, Kerusi banquet, Bunga bouquet, Lauk pengantin, Penanggah (korang nak makan lauk apa?!)

Aktiviti duniawi: Kompang, Silat pengantin (judo ke, karate ke, silambam ke tokleh ke?), Cak lempong (main aci sembunyi ka apa ni?), Kumpulan marhaban/berzanji (owh syahdu..)

Teknologi dalam perkahwinan: Satu set sistem PA, DJ / MC

Sebab tu bukan takat minyak ja melambong. Hantaran pun ikut pasaran semasa gak. Kesan dari hantaran mencecah petala langit ke-7 ini ialah:

Status andartu/andalusia/antertu/antelusia juga turut melonjak naik. Dolu2 org dah terbit peloh jantan kalau umuq 30thn tak kawen2 lagi. La ni umoq 40thn pun “relaks la mummy. Life begins at 40.” huhu..

Kawen sambil berlari2 anak ke siam akan bercambah.

Akan lahir satu bangsa baru iaitu meladon = melayu + indon. Kawen indon senang huhu...

Aktiviti bermaksiat berterusan dengan panjang lebar lagi dari setahun ke setahun sebab nak tunggu duit hantaran cukup. Kejam.

Membudayakan masyarakat berhutang samada dengan bank, ceti haram atau ahlong atau boleh jugak dengan ptptn (nak jugak sebut natang ptptpu ni!)

Nak ajaq anak2 lupa tanggungjawab jaga kebajikan mak pak sebab nak support hantaran gila babi punya tinggi (babi pun tak gila mcm anak2 durjana ni. Sama la kita.)

Lambat kawen. Lambat dapat anak. Komplikasinya ialah pembedahan Caesarean, bersalin dengan bantuan peralatan seperti forseps atau vakum, bayi kurang berat badan, penyakit kencing manis dan darah tinggi yang boleh memudaratkan kehamilan, pendarahan yang banyak selepas bersalin, kelahiran sebelum masanya, kemungkinan janin meninggal, kelahiran sindrom down, keabnormalan janin yang bercorak genetic, keguguran secara spontan dan mcm2. Duit spital, ubat pulak! Hutang kawen pun tak habis lagi huhu...

Lepas kawen. Hutang bersepah. Mula la stres. Bila stres mula la semboq sini sana, sepak, teranjang, kungfu, flying saucer, penampaq jepun semua naik sesama laki bini. Pastu jadi la mcm si dayus beego yang disupport hantaran kawennya. Senangnya la idop ang haha...

Cukup. Jgn biarkan aku terus beredon.

Monday, June 9, 2008

Penyangak Hitam

Ada hamba Allah forward msg kat aku suh boikot minyak ESSO, SHELL, MOBIL & PROJET tapi aku nak tanya WHAT FOR?!!

Mcm la Petronas jual minyak 16sen seliter mcm negara Venezuela?!! Petronas pun sama ja mcm PENYANGAK minyak kat dunia nih. Tunduk sgt kat America.

Actually minyak dunia tak berkurangan. Tapi minyak dunia disekat PENYANGAK. Siapa yg kontrol harga minyak dunia?!! Kita beli minyak guna currency mana?!! Jadi takkan tokleh pikiaq lagi why minyak melonjak naik?!!

PENYANGAK minyak ni nak kaut untung cepat sebab nak tampung ekonomi depa yg merudum terok atas tiket "menentang keganasan" dunia depa dengan negara2 pengeluar minyak Iraq, Iran dan Syria. Afghanistan pulak sebagai laluan minyak.

Kita mungkin bole boikot tapi mcm mana pulak dengan periuk nasik nelayan2, petani2, peladang2 sekalian?!! Depa ni ibarat rantaian makanan kita yang paling utama skali. Kalau depa pun turut boikot sama then mcm mana pengilang2 nak proses makanan? Si arkitek2, engineer2, qs2, buruh2 binaan, cikgu cikgi sekalian ni nak makan apa?!! Sanggup ka balik keja nak pancing ikan blakang umah?!! Tanam jagung tepi pagaq?!! Hidup pasang lilin tiap2 malam?!!

Yang kena cerdik ialah pak2 & mak2 menteri kita. Depa ni ada kuasa nak ringankan masalah ni. Kita pengeluar minyak. Mana mungkin kita senasib dengan negara tadak telaga minyak. Minyak kita antara yang terbaik. Jadi kenapa nasib kita sama dengan Indon, Thailand, Filipina sekalian? Lu sendri pikir la. Kita kat bawah ibarat anjing nyalak bukit ja. Forward itu ini tarak guna apek kalau org tua tu masih kekal PM.

nota kaki: meh pakat2 kita sep minyak guna benda alah hasil promotan noma dan poonz secara berskala besar2 kuman ni hehe

Thursday, June 5, 2008

Kisah Orang Minyak

Harga minyak naik lagi.

Bila harga minyak naik, harga barang2 lain pun sebok nak naik jugak.

Bila semua benda naik harga, ini akan menimbulkan masalah maha hebat sebab ia melibatkan duit.

Bila melibatkan duit, semua orang stress.

Bila orang stress, emosi pun terganggu.

Bila emosi terganggu, orang mudah naik hangin.

Bila hangin satu badan, mula la kentut. Putttttttttttttttttttttt!!!!

Masyaallah. Apa nak jadi nih?!!

Renung2kan. Selamat mengundi.



Nota kaki: nak kena p menuntut kat matt cara2 nak buat duit nih hehehe...